Wednesday, August 19, 2009

Kembali mencoret..

Assalamualaikum..

Sudah lama tak berusik blog ni..alhamdulillah akhirnya Allah beri kesempatan juga untuk mencoret di blog ni..yang boleh dikira sudah lam usang dek kemalasan yang menimpa diri ini...untuk menulis...

Ramai yang tanya..kenapa tak update blog?

Jawapanku mudah..tak berkesempatan..alasan2...

ok..harini tak tahu nak tulis apa...

cuma nak singgah-singgah..

exam dah nak dekat..terutama exam syafawi dan tahriri...

Buat sahabat-sahabatku selagi masa masih ada...jom struggle..

ok..sekian WALLAHUA'LAM..

ASSALAMUALAIKUM...

Sunday, March 8, 2009

Maulidul Rasul ertinya pada remaja kita...

Assalamualaikum..Alhamdulillah masih lagi diberi waktu untuk menulis entri ini...


kali ini saya nak kongsikan bersama anda semua mengenai maulidul rasul...tak tahu nak mulakan macam mane sebak dan sayu rasa hati ini bila saya teringatkan rancangan televisyen yang saya tonton pada petang tadi...ketika itu saya menonton rancangan televisyen di tv3..lama sudah tak menonton televisyen..maklumlah di darul quran tiada telivisyen...saja nak ikut perkembangan semasa...takdelah masyarakat anggap golongan huffaz ni golongan yang jumud dan kuno...eh melalut pulak...berbalik kepada rancangan televisyen yang saya tonton tadi berkisarkan mengenai remaja..topik kali ini mengenai maulidul rasul pada remaja kita...bila temubual yang dibuat oleh wartawan tersebut mengenai tarikh lahir junjungan mulia Rasulullah S.A.W...rata-rata inilah jawapan remaja kita sekarang.......



"alamak,saya tak ingatlah..masa sekolah dulu ingatlah..."


"sori...saya lupalah...kantoi tak tahu.."


"saya tak tahu...malunya..."


Inilah antara jawapan yang diberikan oleh remaja-remaja yang disoal wartawan tersebut..Ya ALLAH..terkejut saya pada masa itu...hati saya bercampur baur sedih,geram,malu dan macam2 lagi..sehingga menitik airmata saya melihat keadaan remaja-remaja sekarang yang tidak tahu mengenai maulidul rasul...Ya ALLAH...bakal2 tampuk kepimpinan negara tak tahu tarikh lahir Rasulullah...Ya ALLAH...topik tertsebut dibincangkan oleh dua orang panel..salah seorang panel tersebut mengatakan ketika dia mengadakan program,apabila ditanya siapa nabi kita..semua perserta program hanya diam membisu...semakin sebak dan sayu hati ini..bila mendengar

kata-kata panel tersebut...


Mari kita fikir dan renungkan sejauh mana kita telah memainkan peranan untuk menanamkan perasaan cinta kepada RASULULLAH pada masyarakat sekeliling kita..sedarkah kita masyarakat kita tak mengetahui siapa rasul kita ???mana perginya orang2 yang memahami dadan mendalami ilmu agama...adakah ilmu yang kita pelajari hanya sekadar disekolah dahulu..bangkitlah wahai pejuang2 islam...para dhu'at sekalian masyarakat perlukan kita....


Rata-rata remaja kita hanya menganggap sambutan maulidul rasul hanya perarakan,ceramah,nasyid,dan makan-makan semata-mata...Yang paling sedih sekali ada yang mengatakan sambutan maulidul rasul dia berpeluang untuk memakai baju kurtung...Pada ketika itu geli hati saya mendengarnya..tak sangka begini mereka anggap terhadap sambutan maulidul rasul...dalam hal ini siapa yang perlu disalahkan...ibubapa??guru-guru??kerajaan??pemimpin???pendakwah??ulama'???ataupun diri remaja itu sendiri...sama-samalah kita fikirkan dan cari jalan penyelesaiaannye...Tepuk dada tanya iman...sekadar perkongsian...wallhua'lam...








Friday, March 6, 2009

Assalamualaikum..

Assalamualaikum...

Dah lame rasanya tak menjenguk ke blog ni...hmm..bukannya apa,baru tamat exam...Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar..walaupun kadang2 banyak juga perkara yang terlepas pandang...Dah lama tak balik rumah..akhirnya dapat juga berjumpa dengan family...hanya sekadar penulisan pembukaan selepas dah lame tak menulis di blog ni..cewah2 berpuitislah plak..hehehe..banyak perkara yang nak diceritakan mengenai pengalaman saya yang dah hampir setahun di darul quran..macam2 perkara yang dialami dan dirasai...nanti akanku ceritakan...dah tamat tahun satu di darul quran...dalam bulan 5 aku telah masuk tahun 2..macam tak percaya plak aku dah besar...apa2pun perjuangan harus diteruskan..aku akan buat yang lebih baik pada kali ini..INSYAALLAH..oklah..sampai disini dulu..wassalam

Monday, January 12, 2009

"Selamatkan al-aqsa,Bebaskan palestin"

Wahai sekalian ummat Islam apakah kalian masih belum terasa apa-apa lagi apabila saudara kalian ummat Islam Palestin dizalimi sebegitu rupa. mereka hakikatnya adalah saudara yang paling dekat lantaran jalinan aqidah yang suci.Lalu apa yang kalian perlu lakukan :1. Bantu pertahankan tanah ummat Islam Palestine dengan darahmu.2. Derma jihad untuk membantu mereka di sana3. Doakan kekuatan, kesyahidan dan kemenangan buat mereka.
Berimanlah dengan seruan Allah :
إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ
Orang-orang mukmin itu sesungguhnya bersaudara.
Al-Hujurat, 49:10Berimanlah kalian dengan seruan Allah:
Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.
( Al Baqarah 261 )
Pasakkanlah hati kalian dengan maksud sabda Nabi SAW :
لاَ یُؤْمِنُ أَحَدُآُمْ حَتَّى یُحِبَّ لِأَخِيْهِ مَا یُحِبُّ لِنَفْسِهِNabi SAW bersabda:
Seseorang kamu tidak benar-benar beriman sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana diamengasihi dirinya sendiri. - Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim. ٍBerdoalah untuk saudara kalian di Palestine dengan doa Qunut Nazilah:QUNUT NAZILAH UNTUK UMMAT PALESTINE

Sunday, December 28, 2008

HIJRAH

Harini hari isnin bersamaan dengan 1 muharam 1430 hijrah...

sekejap sahaja masa berlalu...
berapa banyak perubahan yang telah kita lakukan..berapa banyak hijrah yang telah kita lakukan..setiap kali menjelang tahun baru macam-macam azam yang kita letakkan...aku nak belajar rajin2 tahun ni..tak nak malas2 lagi...

inilah antara azam yang keluar daripada mulut kita..tetapi sejauh mana kita melakukan azam tersebut..adakah ianya hanya menjadi angan2 kosong atau kita telah berjaya melaksanakannya..cube kita fikirkan dan renungkan..sejauh mana penghayatabn kita pada erti sebenar hijrah...adakah hanya dengan omongan kosong ataupun sebaliknya..

tepuk dada tanyalah iman....

Friday, December 26, 2008

Cubaan pertama

Assalamualaikum...
ALHAMDULILLAH...akhirnya sempat juga siapkanblog ni..sudah berapa kali saya menukar nama blog..

Bingung memikirkan entri yang hendak ditulis...pening2..

jadi langkah yang pertama diambil...

jadi sahabat2 semua diharp menunggu entri saya yang seterusnya...
salam perjuangan....